Mi Segera: Lebih Perisa, Lebih Pilihan

Bagi ramai rakyat Malaysia, menikmati mi segera ialah tradisi yang telah lama diamalkan. Mi segera cepat dan mudah untuk disediakan serta terkenal di kalangan keluarga, pelajar, pengguna yang sibuk yang inginkan sesuatu yang ‘cepat dimasak dan sedap dimakan.’
Menurut sebuah laporan, rakyat Malaysia memakan 3.6 juta bungkus mi segera setiap hari. Ini membawa jumlah keseluruhannya kepada 1.31 bilion bungkus setahun! Nestle menghasilkan hampir 40% daripada jumlah ini melalui jenama Maggi.[1]

Namun, jenama-jenama lain semakin cepat mendapat perkongsian pasaran. Untuk kekal bersaing, mereka membuat pelbagai inovasi dengan memasukkan hidangan tradisional ke dalam mi segera. Kini, banyak lagi perisa mi segera selain Mi Kari seperti ‘Pan Mee’, ‘Hokkien Mee’ dan Mi Rebus. Perisa eksotik Asia seperti Kimchi juga ada di pasaran.

Laman web antarabangsa yang membuat ulasan mengenai mi, The Ramen Rater secara konsisten meletakkan mi segera Malaysia pada senarai 10 terbaiknya. Pada tahun 2015, Red Tom Yum Goong dari MyKuali Penang telah dianugerahkan sebagai mi terbaik di laman web tersebut! Pada tahun 2017, empat jenama Malaysia berjaya tersenarai dalam carta 10 teratas.

1. Prima Taste Singapore Laksa Wholegrain La Mian – Singapura

2. MyKuali Penang Spicy Prawn Soup Noodle – Malaysia
3. Nissin Straits Kitchen/Straits Reborn Laksa – Singapura

4. CarJEN Nyonya Curry Laksa – Malaysia5. MyKuali Penang Red Tom Yum Goong Noodle – Malaysia
6. Prima Taste Singapore Curry Wholegrain La Mian – Singapura

7. Nyor Nyar Penang White Curry Instant Noodle – Malaysia
8. Nissin Demae Ramen Straight Noodle Black Garlic Oil Tonkotsu Flavour Instant Noodle – Hong Kong.
9. Xiao Ban Mian Shallot & Scallion Oil Noodle – Taiwan
10. Paldo Budae Jigae Ramyun – Korea Selatan

[1]The Star Business – 2 Nov 2015.