Kopi Sedia Diminum

Apabila kopi sedia diminum (ready-to-drink, “RTD”) diperkenalkan di Malaysia, terdapat beberapa pandangan berbeza mengenai potensi perkembangan kategori ini. Kopi biasanya dibancuh secara manual dan dihidangkan secara panas. Oleh itu, meminum kopi sedia diminum adalah konsep yang baru untuk kebanyakan orang.

Namun, apabila semakin ramai konsumer menggemari aspek kemudahan, dan konsumer yang muda mula mengamalkan tabiat meminum kopi, kopi RTD di dalam tin mula mendapat momentum. Ini menjana permintaan dan seterusnya pertumbuhan pasaran kopi RTD di Malaysia.

Trend Kopi
Jenama-jenama kopi RTD terkemuka seperti Nescafe dan Wonda telah melancarkan pelbagai kempen pemasaran dan promosi harga dengan agresif. Berikut adalah beberapa contoh aktiviti pemasaran mereka:

Kesemua promosi ini menjana permintaan dan meningkatkan jualan kopi RTD di saluran-saluran peruncitan. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk menawarkan sekurang-kurangnya satu daripada jenamajenama ini di dalam peti sejuk dan rak anda.