Guna Platform Digital Melalui Telefon Pintar

Telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga salah satu cara yang paling mudah untuk memanfaatkan platform digital.

Tahukah anda Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jumlah pengguna telefon pintar yang tertinggi di rantau ini? Daripada populasi sebanyak 31.6 juta (setakat Februari 2016), negara kita mempunyai 44.5 juta langganan mudah alih, ini bermakna kadar penembusan mudah alih adalah sebanyak 140%![1]

Angka ini jelas menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu telefon pintar. Pengguna berkomunikasi, mendapatkan maklumat terkini, malah melakukan transaksi dalam talian. Mereka boleh melakukan semua ini dengan komputer, tetapi sekarang, mereka lebih kerap menggunakan telefon pintar yang canggih.

Tidak hairanlah semakin banyak perniagaan kecil mula menggunakan platform digital. Jika anda belum berbuat demikian, anda mungkin ingin menerokai platform ini sebagai satu cara untuk mempertingkatkan perniagaan anda.

Anda tidak perlu terus memulakan perniagaan dalam talian (ia memerlukan banyak perancangan dan pelaburan), tetapi anda boleh bermula pada skala yang lebih kecil dengan memanfaatkan teknologi telefon pintar. Berikut adalah lima cara telefon pintar boleh membantu anda mengembangkan perniagaan anda.

1. Meningkatan Produktiviti

  • Transaksi segera. Dengan telefon mudah alih, hampir semua perkara boleh disegerakan. Contohnya, pengesahan bayaran dan maklumat terkini boleh didapati dengan segera. Tidak perlu ‘tunggu esok’.
  • Integrasi. Kebanyakan sistem Point of Sale (POS) membolehkan anda mengintegrasikan operasi kedai ke dalam telefon pintar. Anda boleh buat urusan menutup kedai dan hantar laporan ke telefon pintar anda.
  • Cari arah.
  • Buat perbankan dalam talian.

2. Pilihan Bayaran Mudah Alih Untuk Kemudahan Pelanggan

Kini, pengguna boleh membuat bayaran melalui telefon pintar mereka di kedai. Perkhidmatan ini boleh memberikan anda
kelebihan dalam perniagaan jika kedai anda terletak di kawasan bandar dengan aliran pelanggan yang tinggi. Sebagai contoh:

3.  Memperbaiki Pengurusan 3 Komunikasi Dengan Pekerja

Kami pasti semua pekerja anda memiliki telefon mudah alih. Manfaatkannya sebagai alat untuk operasi kedai. Sebagai contoh:

  • Buat kumpulan WhatsApp, WeChat atau LINE untuk komunikasi yang lebih baik.
  • Tetapkan prosedur operasi standard supaya pekerja menghantar kiriman balas kepada arahan, laporan dan berkongsi maklumat di kumpulan tersebut.

4.  Menawarkan Perkhidmatan Digital

Pada zaman ini, kita tidak lagi memerlukan perkakasan yang rumit untuk menawarkan perkhidmatan dalam talian. Kebanyakan
perkhidmatan ini boleh ditawarkan melalui aplikasi telefon.

Contoh: Perkhidmatan kiriman wang BSN REMIT Jika anda adalah rakan kongsi yang berdaftar, anda boleh menawarkan khidmat kiriman wang melalui telefon pintar dan tidak perlu membuka kiosk. Kini, tambah nilai dalam talian E-LOAD juga boleh dilakukan melalui aplikasi WHATSAPP.

5. Sentiasa Terhubung

Anda juga boleh mengaskses dengan lebih pantas kepada berita dan maklumat terkini.

Jika anda ada akaun FACEBOOK atau INSTAGRAM gunakan peluang ini untuk berhubung dengan pelanggan anda. (Rujuk kepada isu 42)

Telefon pintar memberi anda peluang untuk menggunakan platform digital dengan pelaburan modal yang minimum. Ia adalah platform yang baik untuk diterokai, tetapi anda juga perlu mengenal pasti apa yang berkesan untuk perniagaan anda. Dengan pelaksanaan yang betul, anda boleh mempertingkatkan perkhidmatan dan perniagaan anda.

[1]Department of Statistics Malaysia, MCMC Q2 2015, comScore, International CCS Survey 2015 – Benchmark – Malaysia
(adult 15+)