5 Pengajaran dari Kejayaan JACK MA, pengasas Alibaba, syarikat e-dagang terbesar dari China

Jack Ma ialah lelakiterkaya di China dan merupakan pengasas Alibaba.com. Pada tahun 2017, beliau mencatatkan hasil sebanyak US$23 billion! Sebelum berjaya, Ma telah menghadapi banyak cabaran dan kegagalan. Namun, berkat kesungguhan dan sentiasa mengambil pengajaran dari apa yang terjadi, perniagaan e-dagang beliau kini sangat berjaya.

Jadi, apakah rahsia kejayaan Jack Ma? Beriku adalah lima pengajaran yang boleh diambil dari kisah beliau:

1. Dapatkan kepercayaan orang ramai
Ma tidak suka bersusuh. Untuk memastikan pekerja dan pelabur mempercayai anda, anda perlu berpegang kepada objektif mereka. Namun, kepercayaan juga perlu seimbang. Anda perlu mempercayai pembekal sebagaimana anda mahu mereka mempercayai anda.

2. Lupakan pesaing, tumpukan pada pelanggan
Untuk mengekalkan pelanggan, kaji nilai-nilai utama perhiagaan anda dan berusaha memperbaikinya untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

3. Pandang ke hadapan
Ma berjaya pada hari ini kerana idea yang beliau dapat 15 tahun lalu. Melakasanakan sesuatu idea bukan bermakna anda menunggu emas jatuh dari langit. Ia adalah seperti menanam benih yang akan memberi hasil yang lumayan di masa hadapan.

4. Tidak perlu takut dengan kegagalan
Tiada kegagalan, hanya pembetulan. Bagi Ma, anda gagal apabila anda ‘berputus asa’. Apabila anda menemui jalan buntu, anda perlu belajar darinaya dan merancang langkah yang seterusnya.

5.  Cari individu yang sesuai untuk pasukan anda
Bagi Ma, membina pasukan yang akan membantu anda dalam jangka panjang adalah lebih penting daripada harta pusaka. Ma memilih individu yang betul untuk bekerja dengan beliau kerana beliau tahu mereka adalah yang terbaik untuk syarikatnya dan memberi beliau kelebihan dalam persaingan.