200 Sukarelawan Gotong-royong Tanam 600 Pokok Demi Selamatkan Hutan Paya Gambut

Demi memelihara dan memulihkan ekosistem Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) di negeri Selangor, 200 sukarelawan termasuk pelajar-pelajar sekolah, masyarakat setempat, Global Environment Centre dan wakil korporat dari BOH and Gamuda Land, telah berganding bahu untuk menanam 600 pokok Tenggek Burung, satu spesies perintis, di sebidang tanah 1 hektar di Kompleks Hutan 6, HSKLU. Para sukarelawan juga mempelajari betapa pentingnya ekosistem HSKLU bagi kawasan sekitar dan kaitannya dengan isu-isu seperti perubahan iklim. Acara ini bukan sahaja memberikan kesedaran yang amat penting untuk mula berubah, tetapi turut menjadi platform yang baik untuk mendidik orang ramai tentang biodiversiti dan kelestarian pembangunan.